Marinee siap percaya dan cerita pada Yah..kelakor rasanya. Razemin pula tetiba bersuara, "Betul la cikgu, itu cikgu tu." Erm, mcm dia kenal benar. Haha... Bila review balik cerita yang berlaku semalam pada pelajar yang lain, yang tiada pada masa tu...(sbb yg lain siap kerja dan boleh balik...tp group OA ni yang stay) ... siap ada pula yang cakap... nak lari (Marinee), nak pindah sekolah (Christin Dayana), nak tukar sekolah kat Bentong (Razemin) ... mcm2, siap Marinee nak dok asrama di Sg. Dua, Karak sekolah OA. Hehe...maafla semua...cikgu bukan sengaja, tapi spontaneous sbb awak semua juga. Tersenyum sorang2 Fini bila ingat balik. Hehe...thanks a lot Ayah. Boleh buat lagi lain kali kan, Ayah? Hehe...nak buat lagi ke?
Erm, td pagi... Fini pun bertemu la dgn $#%$, niat di hati utk raikan dgn rakan2 yg lain...Alhamdulillah kami bercakap dengan baik dan seperti tiada apa yang berlaku. Erm, terfikir semula...Fini yang mudah sangat fikir bukan2...tak baik la. Jadinya, selepas masa rehat Fini berjumpa dengan $#%$ untuk selesaikan bayaran. Alamak, rupanya $#%$ terlupa utk 3 org. Erm...tak pe la...selesaikan apa yang sepatutnya...pun seems ok...Hehe...masa Fini sedang berjalan kaki menuruni bukit, tetiba...$#%$ dengan motornya berhenti dan mempelawa untuk menghantar Fini ke bus stop di seberang jalan nun. Malu + segan. (Fini ni penyegan...haha...ye ke?) Dah orang pelawa, ditolak mencari musuh pula (sbb sebelum ni kan ada krisis), so naik je la. Terima kasih $#%$. Erm, Fini...so mcm mana your tekad? Starting esok camne pula? Erm, tengok la dulu...tak bermakna kalau Fini tak turun, Fini masih terasa kan? Sesaje tak nak turun pun takpe kan? Dah...tak mau fikir yg bukan2 lagi.
Pastu, td petang pula... ke bank, ke hospital, ke atas pasar - Sau Kuan, hujan pula turun, sms Hisyam, nak tumpang dia, sementara nak menunggu ke 5.30 ptg (masa tu lebih kurang jam 4.15 ptg)...jalan2 ke kedai buku (beli buku utk diguna pakai semasa kelas tambahan), farmasi (amik la supplement sbb nk cure mslh ni), erm...banyak masa lagi...pi lepak makan ABC (hujan2 pun pekena ABC), ada masa lagi...pi kedai komputer sebelah kedai ABC, survey printer (sbb printer ni dh rosak, nak buat work sheet & ABM senang sket nanti), erm...pastu baru la tunggu Hisyam di sebelah HSBC. Terserempak pula dgn Uncle Zam...pakcik yang suatu ketika dulu suka ngusik bila Fini dok tunggu nak balik sekali ngan Ayah di HSBC dulu (sek ren belakang office Ayah dulu). Jalan sorang2, tp mmg mcm ni pun selalu.
Itu je la untuk hari ni...sebab sekarang Fini rasa sangat bosan. Esok ke sekolah sempena cuti berganti AidilFitri, pastu nak straight ke Setapak Jaya, dok semalaman. Lusa, pagi Ahad nak ke Segambut pula...jd penangkap gambar yang ntah apa2...dilantik oleh makcik Masya le... Tahniah Masya, kami bagi laluan sbb ko yg paling tua...kami tak langkah bendul tau...sokmonya ko risau bab ni. Ingat lagi, ko pernah berdebat mini parlimen dengan aku pasal bab ni... "Prince Charming konon...", kata ko dulu. Terkena kat aku semula...padan muka, sendiri mau ingat. Tapi aku tetap aku. InsyaAllah sampai masa dan ketikanya nanti...









No comments:
Post a Comment